Selasa, 26 Julai 2011

...dia...

...aku tahu tentang 'dia'...
biarpun antara aku dan 'dia' tak pernah kenal...
apatah lagi untuk memberi salam atau bertanya khabar...

...dan semalam aku dengar cerita tentang 'dia'...
entah mengapa aku tiba2 keresahan...debaran didada semakin kencang...
aku cuba untuk tabah...hindar rasa gelisah...
namun ianya semakin menghimpit hati dan perasaan....

...aku jua tahu siapa 'dia'...
dan aku jua mengerti kenapa 'dia' hadir...
kerana disitu sememangnya tempat 'dia' sebelum 'dia' tinggalkan kerana 'dia' membuat mereka terluka...
dan andainya 'dia' hadir kembali dan inginkan tempat 'dia' semula...aku harus redha...
kerana siapalah aku dibandingkan dengan 'dia' yang masih lagi punya ikatan...

...aku akan begini jua seadanya...

Isnin, 25 Julai 2011

...masih...

...masih...
dalam menyusur hari hari mendatang, seringkali kita di ganggu kenangan...acapkali kita terlewat dalam mencari sinar bahagia.mungkin jua kerana kita terlupa untuk menutup daun pintu sejarah lalu...
.tempat jatuh lagi ku kenang...
inikan pula tempat bermain...

penantian... kata mereka suatu penyiksaan...
bukankah ia mengajar erti sabar, erti tabah dalam kehidupan,kerana kita hanya merancang dan DIA yang menentukan.
yang baik dariNYA jua, dan yang buruk dari kita semua......

...masih...

...masih...
belajar dari kesilapan...
antara benar dan pura pura...
antara hitam dan putih...

...ada ketika sukar untuk membezakannya, kerana kita tidak pernah sesekali dapat mengenali tiap insan dengan sekali pandang....ada ketikanya jua bukan sehari dua untuk mengerti perasaan orang malahan bertahun lamanya.
...terukir senyum bukan bermakna gembira...kadang kala sengaja untuk menutup luka di hati...begitu jua sebaliknya airmata yang tercurah bukan bermakna pilu melanda sekadar mencari erti simpati.....

...( tbc)

Ahad, 24 Julai 2011

...

...terasa janggal sekali bilamana aku berdepan dengan sesuatu yg agak baru bagiku,
walaupun aku pernah mendengarnya sebelum ini.
akan ku teruskan biarpun dalam kepayahan yang amat sangat,
kerna aku tahu tanpa mencuba aku tidak akan tahu sampai bila bila pun....

...sememangnya aku memang menaruh harapan yg amat besar agar segala yg ku impikan selama ini menjadi kenyataan, macam lagu zaiton sameon lah pulak!!
aaahhh! 'belasah' je lah.....
ialah dalam hidup ini berbagai 'warna' yang akan hadir samada ianya di undang ataupun tidak...
hakikat yang pasti kita semua terima,
cuma yang berbeza bagaimana kita menghadapinya dalam mencari jalan terbaik untuk sebuah kebahagiaan...dunia dan akhirat....

Jumaat, 22 Julai 2011

...???...

...aku pun tak tahu macam mana nak mula...
...kalau aku 'belasah' je nanti, pun tak kena juga...
aku ingat esoklah aku sambunggggggg.........

Selasa, 19 Julai 2011

...aku...

salam buat semua...
alhamdulillah...akhirnya dapat jua aku lahirkan blog ini dalam kekurangan yang amat sangat...
bukan untuk menyentuh ruang damai, sekadar wadah buat aku melepaskan rindu yang dulunya hanya bertemankan pena dan kertas...

aku masih berjalan jatuh di medan ini...
andainya terkurang bahasa, tersilap butir bicara yang aku paparkan, maafkanlah aku...