Sabtu, 20 Ogos 2011

...entah...

...entahlah...
apakah yang aku lakukan ini sebenarnya salah?
bagai di hiris sembilu rasanya....sedangkan niat dihati bukan untuk mengganggu....

...andainya...
benar aku yang memulakan sengketa ini, ampunilah aku...
aku redha kiranya itu permintaan darinya...sesungguhnya itu semua milikmu....

...tapi...
satu pinta dariku...
jangan diletakan aku sebegini rupa, memadailah sekadar pesanan buatku...
kerana aku mengerti segalanya...
biarpun aku begini aku jua insan sepertimu yang tak akan sunyi dari membuat khilaf...


Isnin, 15 Ogos 2011

...tanpa...

...andainya tiba ketikanya nanti...
berkata tanpa suara...
beriagu tanpa syair...

........berakhirkah sebuah impian........

Ahad, 14 Ogos 2011

...silam...

...perjalanan ini...
ada waktu begitu sukar
batu batu dijalanan...menyakitkan,


...perjalanan ini...
ada waktu merimaskan
dalam kepanasan...memeritkan,



masih adakah lagi...
perjalanan tanpa halangan...

...rasa...

...lama rasanya tak menjengok laman ini, bukan kerana apa cuma masa yang tidak mengizinkan...
mentelah lagi di bulan yang penuh barakah ini...
bukan jua tak rindu...
bukannya tak sayang...
terkadang beban tugas yang membuatkan diri tak mampu untuk singgah mengucapkan sepatah dua kata...

dalam diam dan tanpa kita sedari sudah 15 hari kita semua menjalani ibadah puasa...semoga apa yang kita lalui setakat ini mendapat keredhaanNya jua...
bahang 'aidilfitri' sudah mula terasa dimana2 sahaja, apatah lagi buat anak2 yang sudah mula menconggak segala keperluan yang bermain di kepala masing2...biasalah tu.....

bagi aku....
keadaan ini seperti biasa jua dengan hari2 yang dilalui...mungkin sedikit 'penambahan' dari segala aspek...
'alah bisa tegal biasa'....
mentelah lagi pada kali ini suasana yang agak berbeza sedikit berbanding dengan yang sudah2...
'penantian dalam pencarian selama ini seakan akan berakhir' biarpun masih ada duri ranjau yang harus di tempuhi. dalam mencari ruang ruang 'damai'.....apakah mampu aku selusuri jurang dalam perjalanan ini???

'berat mata memandang......'
andainya ada 'rahmat' dariNya, akan aku galas jua beban ini...
agar tiada hati yang terluka, meskipun apa yang aku galas ini adalah 'keresahan' yang amat panjang,
kelukaan yang amat dalam bagi mereka yang kurang mengerti apa yang ku tanggung selama ini....
semoga ada kekuatan dan keizinan dariNya...insya'allah....

.......seadanya.......

Isnin, 8 Ogos 2011

...

...mungkin jua dalam usia yang sebegini, terkadang aku merasakan amat payah untuk aku katakan sesuatu,
biarpun aku amat memahami dan aku akui tanpa kata2 sukar untuk orang mengerti....
sebenarnya aku jua seperti insan yang lain, inginkan sesuatu yang bermakna dalam mengharungi perjalanan hidup ini....

aku bukannya 'enau dalam belukar'....
bukan aku untuk mencari kebahagiaan yang memaksa hati insan terluka...bukan itu maksudku...
sekadar memenuhi impian seadanya andai aku diberi ruang dan waktu...

tidak terniat dihati kecil ini membebani 'mereka' dengan luka2 dihati...tidak sama sekali....
salahkah aku kiranya dapat aku raikan sebuah 'kebahagiaan' itu bersama?????
bukan jua aku ego, malahan aku sendiri terasa amat malu untuk menghadapi detik2 ini...
kerana aku sedar...sekadar manalah kemampuan diri untuk
 aku menduga dalamnya lautan kasih.....
tingginya pautan sayang....

Jumaat, 5 Ogos 2011

...ramadhan... (ii)

...masih dalam 'RAHMAT' Nya jua...
alhamdulillah, segalanya tampak baik biarpun aku merasakan masa terlalu cepat berlalu...
itulah hakikatnya yang harus kita terima...
yang pasti DIA mengingatkan kita...
akan tiba detik pada batas waktu...buat kita semua...

...ya ALLAH...
kau berikan kami kekuatan...
pada sisa usia yang Engkau pinjamkan buat kami ini...
agar dapat kami tunaikan segala perintahMu dalam kami mencari jalan yang Engkau redhai...


...amin...

Rabu, 3 Ogos 2011

...ramadhan...

...alhamdulillah...
ramadhan datang lagi dan syukur dengan rahmatnya yang masih berikan aku kesempatan untuk merasai nikmatnya ramadhan kali ini....
semoga diberikan kekuatan dzahir dan batin untuk aku laluinya...

buat teman dan taulan....
bersama lah kita kuatkan semangat dan iktikad agar ramadhan kali ini memberikan impak yang amat bermakna buat kita semua...insya'allah....

Selasa, 26 Julai 2011

...dia...

...aku tahu tentang 'dia'...
biarpun antara aku dan 'dia' tak pernah kenal...
apatah lagi untuk memberi salam atau bertanya khabar...

...dan semalam aku dengar cerita tentang 'dia'...
entah mengapa aku tiba2 keresahan...debaran didada semakin kencang...
aku cuba untuk tabah...hindar rasa gelisah...
namun ianya semakin menghimpit hati dan perasaan....

...aku jua tahu siapa 'dia'...
dan aku jua mengerti kenapa 'dia' hadir...
kerana disitu sememangnya tempat 'dia' sebelum 'dia' tinggalkan kerana 'dia' membuat mereka terluka...
dan andainya 'dia' hadir kembali dan inginkan tempat 'dia' semula...aku harus redha...
kerana siapalah aku dibandingkan dengan 'dia' yang masih lagi punya ikatan...

...aku akan begini jua seadanya...

Isnin, 25 Julai 2011

...masih...

...masih...
dalam menyusur hari hari mendatang, seringkali kita di ganggu kenangan...acapkali kita terlewat dalam mencari sinar bahagia.mungkin jua kerana kita terlupa untuk menutup daun pintu sejarah lalu...
.tempat jatuh lagi ku kenang...
inikan pula tempat bermain...

penantian... kata mereka suatu penyiksaan...
bukankah ia mengajar erti sabar, erti tabah dalam kehidupan,kerana kita hanya merancang dan DIA yang menentukan.
yang baik dariNYA jua, dan yang buruk dari kita semua......

...masih...

...masih...
belajar dari kesilapan...
antara benar dan pura pura...
antara hitam dan putih...

...ada ketika sukar untuk membezakannya, kerana kita tidak pernah sesekali dapat mengenali tiap insan dengan sekali pandang....ada ketikanya jua bukan sehari dua untuk mengerti perasaan orang malahan bertahun lamanya.
...terukir senyum bukan bermakna gembira...kadang kala sengaja untuk menutup luka di hati...begitu jua sebaliknya airmata yang tercurah bukan bermakna pilu melanda sekadar mencari erti simpati.....

...( tbc)

Ahad, 24 Julai 2011

...

...terasa janggal sekali bilamana aku berdepan dengan sesuatu yg agak baru bagiku,
walaupun aku pernah mendengarnya sebelum ini.
akan ku teruskan biarpun dalam kepayahan yang amat sangat,
kerna aku tahu tanpa mencuba aku tidak akan tahu sampai bila bila pun....

...sememangnya aku memang menaruh harapan yg amat besar agar segala yg ku impikan selama ini menjadi kenyataan, macam lagu zaiton sameon lah pulak!!
aaahhh! 'belasah' je lah.....
ialah dalam hidup ini berbagai 'warna' yang akan hadir samada ianya di undang ataupun tidak...
hakikat yang pasti kita semua terima,
cuma yang berbeza bagaimana kita menghadapinya dalam mencari jalan terbaik untuk sebuah kebahagiaan...dunia dan akhirat....

Jumaat, 22 Julai 2011

...???...

...aku pun tak tahu macam mana nak mula...
...kalau aku 'belasah' je nanti, pun tak kena juga...
aku ingat esoklah aku sambunggggggg.........

Selasa, 19 Julai 2011

...aku...

salam buat semua...
alhamdulillah...akhirnya dapat jua aku lahirkan blog ini dalam kekurangan yang amat sangat...
bukan untuk menyentuh ruang damai, sekadar wadah buat aku melepaskan rindu yang dulunya hanya bertemankan pena dan kertas...

aku masih berjalan jatuh di medan ini...
andainya terkurang bahasa, tersilap butir bicara yang aku paparkan, maafkanlah aku...