Ahad, 14 Ogos 2011

...rasa...

...lama rasanya tak menjengok laman ini, bukan kerana apa cuma masa yang tidak mengizinkan...
mentelah lagi di bulan yang penuh barakah ini...
bukan jua tak rindu...
bukannya tak sayang...
terkadang beban tugas yang membuatkan diri tak mampu untuk singgah mengucapkan sepatah dua kata...

dalam diam dan tanpa kita sedari sudah 15 hari kita semua menjalani ibadah puasa...semoga apa yang kita lalui setakat ini mendapat keredhaanNya jua...
bahang 'aidilfitri' sudah mula terasa dimana2 sahaja, apatah lagi buat anak2 yang sudah mula menconggak segala keperluan yang bermain di kepala masing2...biasalah tu.....

bagi aku....
keadaan ini seperti biasa jua dengan hari2 yang dilalui...mungkin sedikit 'penambahan' dari segala aspek...
'alah bisa tegal biasa'....
mentelah lagi pada kali ini suasana yang agak berbeza sedikit berbanding dengan yang sudah2...
'penantian dalam pencarian selama ini seakan akan berakhir' biarpun masih ada duri ranjau yang harus di tempuhi. dalam mencari ruang ruang 'damai'.....apakah mampu aku selusuri jurang dalam perjalanan ini???

'berat mata memandang......'
andainya ada 'rahmat' dariNya, akan aku galas jua beban ini...
agar tiada hati yang terluka, meskipun apa yang aku galas ini adalah 'keresahan' yang amat panjang,
kelukaan yang amat dalam bagi mereka yang kurang mengerti apa yang ku tanggung selama ini....
semoga ada kekuatan dan keizinan dariNya...insya'allah....

.......seadanya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan